Mukjizat Al-Quran

Tadi masa lab, international students aku tanya.

“Teacher, can you speak Arabic?”
“No.”
“But you can read Quran, right?”
“Yes, because we (maksud aku kebanyakan orang Islam di Malaysia) are trained to read the Quran, but not the language.”

Tersentak jugak dapat soalan cepu emas camni daripada anak murid. Aku pernah dengar kuliah, kenapa kita boleh baca Quran, tapi tak reti cakap Arab atau faham terus apa yang tulis dalam Quran tanpa terjemahan. Itu namanya mukjizat Al-Quran. Walau tak faham, tapi kita boleh membacanya.

Tambahan lagi, sedari kecil kita dididik untuk baca Quran, bukan baca dan belajar bahasa Arab sekaligus. Pastu dah habis baca Quran, dah consider sebagai khatam. Sebaiknya khatam Quran membawa pengertian kepada membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita baca tapi tak faham pun diberi pahala. Kalau baca dan faham, lago bertambah pahala. Masya Allah.

Sebaiknya bila dah sedar diri yang diri ni tak reti bahasa Arab, usahakanlah belajar. Mulakan je, sekurang-kurangnya bila sampai ajal tapi tak sempat habis belajar bahasa Arab, dapat juga pahala, ye tak?

Posted via Blogaway

Ada apa dengan GLA? 5 fakta GLA anda mesti ambil tahu

Tumbuhan yang menghasilkan Borage Oil. Sumber photo : Google

5 fakta GLA

1. GLA adalah singkatan daripada Gamma Linolenic Acid

2. Apa yang sinonim dengan GLA? Omega-6, evening primrose oil (EPO), borage oil, blackcurrant seed oil, polyunsaturated fatty acid.

3. Produk GLA yang ada dalam pasaran biasanya diperbuat dari biji evening primrose, blackcurrant, borage oil dan fungal oil.

4. GLA diambil sebagai makanan tambahan biasanya untuk merawat eczema, depression, postpartum depression (meroyan), hyperlipidia, psoriasis dan menopausal flushing.

5. Banyak kajian menunjukkan keberkesanan GLA dalam merawat rheumatoid arthritis dan diabetic neuropathy (nerve damage)

5 fakta tentang GLA, siap!

Posted via Blogaway

Cuti!

Cuti ke hari ni?
Aku tak cuti pun.
Ni baru je sampai dari Melaka, ada kelas pukul 10 jap lagi.
Seronok Darrell balik kampung.
Mentang-mentang baru dapat kaki, seronok lah dia tunjuk kat makcik pakcik atuk nenek dia dah pandai jalan.
Tu belum suka lari lagi.
Seronok tengok anak happy.
Mak pun boleh lepak sebab Darrell gi main ngan makcik pakcik.
Best best best.

Ok nak g kelas dah.
Nanti cerita lagi.
Daaa~

Cara buang kahak anak secara tradisional

Ikhtiar cairkan kahak dengan OmegaGuard!

Macamni lah bila hantar anak g taska kan. Dah mak bapak kerja, nak minta tolong nenek jaga, jauh sangat. Jadinya hantarlah ke taska.

Darrell memang selalu aje kena selsema dan batuk, boleh kata tiap bulan. Bila dah bergaul ramai-ramai kat taska tu, ada aje yang sakit. Nak tak nak terbawak sekali kuman tu kat anak kita.
Bila dah lama kena batuk selsema, mulalah boleh dengar kahak berkumpul kat paru-paru, kan? Darrell memang ambil OmegaGuard setiap hari. Ni nak share petua untuk keluarkan kahak dari paru-paru secara tradisional.
Cuma perlu ada 3 barang sahaja.
1. Daun kacang botol
2. Kapur makan
3. Madu
Cara guna
1. Ambil sehelai daun kacang botol
2. Sapukan kapur makan di atas permukaan daun. Sapukan rata-rata, nipis aje. Tak perlu tebal sampai putih melepak.
3. Ambil sedikit madu, 2 atau 3 titik sudah memadai. Sapukan rata-rata atas permukaan daun.
4. Lekatkan di bahagian belakang anak, di antara tulang belikat. Selawat.
Biarkan sehingga kering. InsyaAllah anak akan tidur lena. Kahak akan keluar melalui najis.
Bila dah kering, jangan rentap aje. Sakit oii! Mak Darrell ni pernah tarik gitu aje sebab tak tau, abes kulit tertarik sekali. Ampunkan mak, nak. Basahkan daun tu sampai ianya tertanggal sendiri.
Sangat sesuai untuk mak-mak yang dah penat bagi ubat, dan yang bimbang nak bagi ubat kahak kat anak yang terlalu kecil. Boleh apply kat baby dan juga dewasa.

Petua ni dari keluarga Atuk Nenek Darrell kat Melaka 🙂

Mama kepada Darrell,
Ima Sulaiman
SID 882520
WhatsApp/viber 0166605816

Posted via Blogaway