Air Katira, minuman yang cuma muncul dalam bulan puasa

Salam semua 🙂
Air Katira, atau kathira? Siapa pernah dengar nama air ni? SAYA! Siapa pernah minum air ni? BUKAN SAYA! Seriosa. Aku tak pernah minum air katira sebelum ni, walaupun duduk kat Johor dari Disember 1994 sampai March 2007. Tak pernah teringin pun nak minum. Tapi semua tu berubah pada Ramadan ini di sebuah gerai di hadapan Uniten….
Sebelum ni, aku memang biasa beli kacang pool kat gerai ni. Memang terbaik. Pada aku, kacang pool yang abang ni jual dah mirip sangat dengan kacang pool Hj Mahpool yang kat sebelah Balai Bomba Larkin tu. Takyah pergi JB dah untuk lepas rindu makan kacang pool. Hehehe. Abang yang buat ni asalnya dari Batu Pahat. Memang dah ada gerai tetap pun kat situ.

Pada satu hari Ramadan yang indah, aku teringin makan kacang pool. Menujulah aku ke gerai kacang pool ini. Wah, ada jual air pula lah sempena Ramadan. Ada air katira, soda bandung dan lemon asam boi. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aje aku pun order lah “Kak, nak air katira satu!” padahal tak pernah pun minum air katira. Aku tak tau apa nak expect. Aku confident order sebab tahu diorang memang orang Johor, jadi, takkan la tipu sangat kan air katira yang diorang buat. hehehe.

Tu diaaa air katira special, bandung soda, laici asam boi dan satu lagi tong katira diberi nama Kathira JDT (padahal sama je air dengan yang dalam tong Kathira Special neh kuikuikui)
Masuk waktu berbuka. Minum dengan bahagia. Darrell pun join sekali minum air kathira ni. Siap tambah lagitu. Tak pernah aku tengok anak aku bersungguh-sungguh minum air siap mintak tambah. Sebab warnanya kah? Sebab rasanya kah? KakMa pun tak tau lah.
Apa yang ada dalam air kathira yang so marvelous ni?
Yang aku dapat detect dan wujud dalam air katira ni adalah :
  • Cincau
  • kathira
  • selasih
  • barli
  • ais krim soda
  • warna hijau
  • susu cair
  • air
  • air batu
Aku tak pernah rasa air kathira yang glamour kat JB tu, so aku takleh nak compare. Sejak cuba sekali, hari-hari pun aku beli air kathira kat gerai ni. Sikit punya berhantu! Bagi yang nak cuba, silakan. Kat gerai penjaja depan Uniten, area tengah-tengah. Banner tulis kacang pool. Sebungkus kecil RM3. Bungkus besar RM4. Selamat mencuba 🙂 Nanti share comment kat sini ye.
p/s: macam nak cuba air bandung soda pula hari ni. mih mih mihhhh

Monthly Check up di Klinik Desa Sungai Ramal

Salam semua 🙂

Dah masuk 24 minggu rupanya. Alhamdulillah. Pejam celik dah setengah tahun. Debbor nak bersalin! Klinik Desa Sungai Ramal ni klinik desa paling dekat dengan rumah. Free check ups, siapa tak nak kan? Syukurlah dengan kemudahan percuma yang ada 😀

Lepas hantar Darrell kat taska, baru aku g KD. Darrell tengah fasa tak nak pergi taska dengan bapak dia. Maka, ibunya lah yang kena hantar. Baiklah anak syurga.

Masa aku sampai, ada sorang sebelum aku hantar check up baby. Macam biasa lah, check urine, check berat, check blood pressure. HB tak check pulak hari ni. Mungkin sebab rekod baik. Awal bulan haritu HB aku 12. Cantik juga lepas aku amalkan ambil 2 biji multivitamin setiap hari.

Nak tunggu masuk jumpa nurse kedua yang lama sikit menunggu dan tertunggu. Layan ajelah. Aircond pun ada, cuma telefon yang mati. Ada satu family bawa anak sulung pergi check up. Suami dia sangat prihatin pada pemerhatian aku, isteri pula sebaliknya. “Dah letak buku? Dah letak number? Ni ke misi yang baik tu? Mana pergi misi-misi lama?” Isteri boleh pulak main telefon, suami tanya ada yang tak berjawab. Hahaha kenalah yin dan yang kan, baru melekat.

Ok, my turn jumpa misi! Misi check, aku naik 3.5kg dari last check up. Sepatutnya cuma naik 2kg, ni dah terlebih 1.5kg sudah. Oh ow…. Misi tanya aku makan apa, aku jawab happy sangat kot, makan pun banyak. hahahaha buat misi gelak aje. Misi tu pun jenis #MudahTerhibur macam aku jugak. Sikit-sikit pun leh gelak hehehehe. Siapa kata misi kerajaan semua garang. Misi kat KD Sungai Ramal ni mesra pelanggan tau.

So misi jadualkan beberapa pertemuan untuk check up dalam bulan ni. Cuma check BP, urine dan berat badan. Nak monitor kalau-kalau ada risiko pre-eclampsia. Ima yang susah naik berat, tak tau lah kenapa happyly naik berat pula ni.

Hujung bulan ni kena buat MGTT. Yikes!

Darrell kena cabut gigi?

Reception counter Klinik Pergigian Qaseh
Salam semua.
Dari hari Sabtu petang, dok merengek lain macam Darrell nih. Nak tido pun nangis-nangis, sakit gigi katanya. Memang tahu gigi geraham dia ada lubang, tapi dia tak pernah ngadu sakit. Semalam kaw kaw punya nangis kata sakit gigi. Kita pun tak tau nak tolong cemane. Babahnya pula kerja sampai petang. Mamanya nak bawak dia sendiri pergi dentist, bimbang tak larat nak bergelut pegang dia sementara doctor kerjakan gigi.
Jadinya hari Ahad baru kami visit dentist. Ada beberapa klinik pergigian yang boleh dipilih kat Bangi ni. Antara yang glamour di mata aku adalah Klinik Pergigian Lisa Alis (berdepan dengan PKNS Bangi), Klinik Pergigian Alan Adlan (Tingkat 1, sebelah D’One Steak, berdepan Seri Bangi) dan Klinik Pergigian Qaseh (Seri Bangi, berdekatan Kasih Ibu).
Aku berminat nak g klinik Alan Adlan. Tengok website pun menarik. Kat luar klinik dia pun ada tulis Dental Surgeon. Puteri pernah beritahu aku, kalau tak nak anak kecik trauma untuk pergi jumpa dentist, boleh buat appointment dengan dental surgeon so that dia boleh bagi “happy gas”. hehehe. Malangnya klinik Alan Adlan tak buka hari Ahad, jadi kami ke Klinik Pergigian Qaseh.
Doktor lelaki rupanya yang bertugas hari Ahad. Nampak muda, dan pandai juga ambil hati anak kecil. Doctor suruh Darrell nganga, aku yang ikut nganga hahahaha. Darrell nganga pun sebab nangis. Aku nganga sebab geram tengok Darrell bukak mulut kecik sangat. Hoh lah.
Alhamdulillah dah selamat ditampal gigi gerahamnya. Semalam buat belah kiri. Belah kanan ada jugak. Nanti kena jumpa doctor lagilah jawabnya. Kos tampal gigi = RM50. Reasonable lah kan. Alhamdullillah.
Babah Darrell cuba menghiburkan hati anak dengan bermain lampu.

Selepas ditampal. Babah yang ceria. Anak masih sayu.

Sekarang Darrell tengah adjust untuk makan. Pagi tadi bangun sahur saing ngan kitorang. Aku buatkan toast + cheese slice. Dia konon tak nak makan, dia cabut gigi katanya. Aku betulkan semula pemahaman dia, “Abang semalam tampal gigi. Kan dah elok giginya. Doctor kata jangan makan coklat. Makan roti takpe.” Lepas cakap macam tu, baru dia nak makan. Dan kena cakap camtu tiap kali nak suap makanan. #anakohanak

Kenapa digalakkan bertadarus di bulan Ramadhan?

Tadi pagi sambil buat kerja, Kak Ila bukak radio IKIM.FM, ada segment Tarbiyah bersama Ustaz Syed Nor Hisyam bin Tuan Padang. Tajuknya adalah Ramadan Bulan Al-Quran.

Ada orang tanya soalan kat FB Ikim.Fm, tentang tadarus pastu update kat group WhatsApp, seperti yang ditanya oleh Siti Aziah.

dari FB Ikim.Fm

Antara isi huraian Ustaz Syed Nor Hisyam:

  1. Tadarus maksudnya sorang baca Quran, orang lain check. Pastu orang lain pula baca, then yang lain pula check. 
  2. Kalau tak khatam Quran, takpe ke? Ustaz kata, takpe. Paling penting, kita betulkan bacaan dan baca Al-Quran. Lagi bagus baca sekali dengan terjemahan. Terjemahan tau, bukan tafsir. Kalau tak faham terjemahan, lagi bagus. Boleh jumpa ustaz atau ustazah untuk huraian yang lebih lanjut. Bukankah lebih indah fahami Quran sebegitu 🙂
Begitulah sedikit perkongsian tentang tadarus. Bila dengar ustaz explain, baru nampak betapa indahnya bertadarus di bulan Ramadhan. Nak khatam Quran boleh dijadikan personal target juga, namun tadarus tu kita ambil sunnah nabi.
Harapnya nanti akan ada video atau audio tentang tarbiyah ni kat website IKIM.FM. Check it out later, k? 🙂
Indahnya Ramadhan!

Sembang Ramadhan

Hari ni hari terakhir untuk students buat add and drop subjects.
Biasalah, dah hari terakhir baru berminat nak add itu ini.
Layan ajelah dah itu tugas aku 🙂

Tadi sementara nak process requests students ni, diorang tanya aku.
“Miss, how’s your Ramadhan?”
“Alhamdulillah, so far so good.”
“MasyaAllah I haven’t done much. It is already 9 Ramadhan right? Haven’t finished reading Quran.
Ramadhan we are supposed to be with family. My friends after their finals all go back to their family.”

KakMa senyum ajelah.
Dah korang dapat awal semester masa Ramadhan, nak buek cemano.
Jihad jugak nih.
Students aku ni international students.
Aku terharu sebab diroang tanya progress Ramadhan aku.
Pertama kali seumur hidup kot.

Alhamdulillah 🙂