#throwback : Majlis Merisik Ima + Duff 16 September 2010

Salam semua.
Alhmdulillah lepas Asar tadi dah selamat merisik untuk adik ipar. Kat Melaka aje jugak. Dalam 20 minit perjalanan je dari rumah Babah. Takyah cerita pasal orang, kita throwback aje majlis merisik kita 5 tahun lalu hik hik hik *gelak miang*
Sebenarnya aku tak ingat pun bila exact tarikh merisik. Mujurlah upload gambar kat FB kan, pastu kat gambar tu pun ada tarikh. Yang aku ingat cuma masa tu hari raya. Raya ke berapa pun aku tak ingat. Hahaha.
Majlis merisik aku more to sesi jejak kasih. Happened to be yang Babah (my FIL) adalah anak buah kepada Cikgu Yassin. Cikgu Yassin ni ada (aku tak ingat lah apa nama connection ini. a little bit complicated tapi bukan negative punya complicated tau. cuma aku yang susah nak digest hahahaha) dengan Aunty Nora. Masa kat US dulu, Abah dan Mama yang uruskan perkahwinan Aunty Nora. Nikah, bersanding semua kat rumah kami masa kat US.
Kesimpulannya, aku dan Duff takde hubungan kekeluargaan (if you guys out there are wondering lah). Dan, tak seperti majlis merisik yang lain, orang-orang tua hanya sembang-sembang aje, takde discuss pasal bila nak wat majlis bertunang and what not. Katanya biar anak-anak discuss. Untunglaaa….
Sebab dalam suasana hari raya, kami pun happy happy makan kuih raya ajelah. Best best best. Boleh pulak dalam perjalanan balik dari merisik tadi, diorang pun throwback pasal majlis merisik kami. 
“Dulu Ima siap sarung cincin,kan?”
“Dah Mak Wek (nenek pada Duff) dok panggil KakMa nak sarung cincin, KakMa bagi je lah tangan”
“Hahahahaha gelojoh nak cincin!”
“Dah orang nak bagi, amik ajelah hihihihi”
Mak Wek (duduk) dan Arwah Nenek Dinah

cincin_belah_rotan
Cincin merisik. Belah rotan.
Satu yang aku baru tahu adalah tentang cara cincin merisik ini di hiaskan. Kotak cincin ni diletak atas kain saputangan putih. Bawah sapu tangan tu diletak gula batu yang diletakkan dalam mangkuk. So sweet kan ada gula batu bagai. Apa simboliknya aku pun tak tau. Tapi mengenangkan gula batu, teringat pula kat lengkong. Yummm sedapppp…

Almost 5 years ago majlis ni berlangsung. Alhamdulillah sedang menunggu cahaya mata kedua sekarang.

p/s: Rindu nenek…

Mi Kari Cina

Sejak bulan puasa teringin nak makan mi kari style orang Cina punya. Ada dua je option, sama ada pergi makan kat gerai orang Cina, atau makan kat Old Town. Ada lagi satu option sebenarnya, tapi kena pergi Taman U Skudai. Jauh sangat tu…

First time aku kenal mi kari style Cina ni masa makan kat Taman U. Gerai tu kat gerai sebelah pasar. Bakdin lah yang ajar. Ada beza mi kari yang orang Melayu buat dengan orang Cina buat. Mi kari Cina ni kuahnya lebih nipis, tapi full of flavours. Pastu ada tauhu rompong tu, fucuk goreng, the best fishball you can get, dan juga kerang. Rasa dia? Best in the world! Tu masa zaman belajar kat UTM, dah lama tak makan mi kari style begitu.

Malam tadi berkesempatan lah kami mengunjungi Old Town kat Bandar Baru Bangi. Kita hirup dulu! Alhamdulillah sedap seperti yang dijangka. Cumanya takde kerang. Aku ambil mini bowl Mi Kari, suami ambil Pan Mee Kari. Roti bakar untuk Darrell.

Alhamdulillah craving untuk mi kari style Cina dah boleh cross out dari list 🙂

Aidilfitri ke-4 dari Tanah Melaka

Kumpulan marhaban kampung yang datang rumah Babah malam tadi..

Marhaban Kampung Bukit Durian
Kumpulan Marhaban Kg Bukit Durian bersama tuan rumah

Salam Aidilfitri untuk semua! Dah masuk hari ke-4, dah ada yang dah masuk kerja. Aku masih bercuti di kampung belah suami. Kalau bercuti kat kampung aku, mungkin dah masuk kerja jugak hari ni hahaha.

Sementara tunggu si bujang ni bangun tidur, kita tulislah seround. Gian nak menulis beberapa hari raya nih hahahaha. Berlegar-legar idea menulis, tapi semua kita rilek-rilekkan dulu layan orang happy happy nak raya. 

Hari ni baru rasa cam hari normal. Baru boleh bangkit dengan rasa tak berapa nak raya dan sedar tanggungjawab pada keluarga. Hahahaha ayat dahsyat sangat, macam abaikan keluarga pulak selama ni ek. Ala paham-paham ajelah bila festive season ni kan, mana sama dengan rutin harian biasa. Pagi ni dah sempat basuh baju, sental baju, jemur baju, mandi, buat solat dhuha, iron baju untuk dipakai hari ni, sediakan baju untuk Darrell pakai, dan ni tengah tulis blog post.

Takde mood nak makan sangat pagi ni, mujur memang bawak tong ESP dan Meal Shakes ke sana sini. Kita layan protein shake aje pagi ni. Dah tiga pagi dok sendatkan perut dengan nasi impit dan lauk pauk raya, hari ni stok makanan raya pun dah habis hahahaha. Maka kembali menyerikan hidup dengan protein shake non-GMO ini lah. Untunglah…..

Hari ni belum ada plan nak ke mana lagi. Rumah saudara mara pun dah habis ziarah. Kat Melaka kan banyak tempat menarik. Boleh naik beca, naik menara Taming Sari, beli kompang kecik, makan kuih muih tradisional. Tapi itulah bila cuti, kat Melaka memang jammed giler! Sebab tu kami sekeluarga bila balik Melaka, memang tak ke mana. Duduk aje kat rumah menghabiskan letrik hahahahaha. 

Sudah-sudah le buat-buat sibuk macam buat kerja pejabat kat rumah mak mertua nih. Better log off dan menyanyi kat suami supaya bawa kami jalan-jalan hari ni hoyeah!

Salam Aidilfitri 2015

 Salam semua! Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah sampai juga kita ke Syawal untuk meraikan kemenangan berpuasa sepanjang Ramadan. Menyambut raya di Meru dahulu, solat sunat Aidilfitri seawal 8.15 pagi, sebab nak elakkan rush untuk solat Jumaat. Pagi tu suami pula diserang sakit sebab batu karang dia pula, kesian nak kejutkan untuk pergi solat sunat. Mujur dia sendiri nak bangun dan pergi juga.
Antara yang ditekankan dalam khutbah solat sunat Aidilfitri kat Surau Darul Aman tahun ni:
  • Pergi beraya jangan bawa telefon! Kalau nak sangat main telefon, tak payah pergi beraya. Tuan rumah pun sama, jangan dok ngadap tepon aje. Kalau nak main telefon, takyah bukak pintu rumah. Dok aje kat rumah ngadap tepon tu.
  • Pergilah berziarah, sebab ianya adalah sunnah.
Sharing some family photos, kenangan di masa hadapan 🙂

Di Rumah Warisan, Jalan Belimbing

Di Benjen Villa, Kg Bukit Durian, Melaka

Balik kampung hati girang

Salam semua 🙂

Seronok pergi kerja pagi ni. Lapang semacam. Semua orang dok kat rumah  tengah packing dan kemas rumah untuk raya agaknya. Hehehe. Tak ramai orang mulakan perjalanan waktu pagi rasanya. Biasanya orang tunggu berbuka, kalau jammed pun bolehlah makan-makan untuk hilangkan bosan, kan kan kan?

Kat timeline pun ramai dok update status, packing bag untuk balik kampung. Kebanyakannya serabut nak packing, tak tahu nak mula dari mana, rasa nak bawak satu rumah, mahupun baru nak basuh baju raya. hehehehe. Seronok membaca update orang lain, puan penulis ni bagaimana pula?

Pada aku, memanglah kena packing jugak. Bezanya, kena packing baju raya sekali. Kenapa bezanya pada baju raya? Sebab kami suami isteri memang setiap dua minggu sekali akan balik kampung. Kami amalkan begini sejak awal perkahwinan. Setiap dua minggu, akan balik Melaka iaitu kampung suami. Dua minggu kemudian, kampung saya pula di Klang. Kadang-kadang tu sebulan sampai 2 kali balik kedua-dua kampung, bergantung pada event yang ada.

Tahun ni jadi jarang sikit, sebab suami banyak dapat duty pada hari Sabtu atau Ahad. Takat nak balik kampung sehari je, tak best lah kan. Tak habis hilang penat, dah kena travel balik rumah semula. Capek deh. Ada sekali tu Mak (my MIL) merajuk kat kami sebab hampir sebulan tak dapat balik. Apakan daya suamiku kena bertugas hampir setiap weekend. Kesian Mak rindu cucu.

Tahun ni kami beraya di Klang dahulu, bagi rumah Mama meriah. Maklumlah adik beradik aku tak ramai. Sorang kat US, sorang kat Kajang, sorang kat Kepong. Terima kasih encik suami, gembirakan hati seorang ibu yang anaknya jauh beribu batu :’)

InsyaAllah lepas solat Jumaat, kami akan gerak ke Melaka pula. Harapnya masa tu traffic kat highway dah tak teruk sangat, sebab semua dah sampai kampung masing-masing dan sedang sibuk menunaikan sunnah menziarahi kaum keluarga. Jalan yang lapang untuk kami sekeluarga, Aamiin!

Malam ni mesti kemas rumah. Sebelum tu pergi masjid lah, Teraweh terakhir untuk tahun ini. Syahdunya.

p/s: Where’s my checklist?