Tips Menabung Yang Bijak

Selalu rasa culas nak menabung? Memanglah, sebab tak boleh guna duit masa tu jugak. Tapi, menabung tu tak mustahil pun.

Ni TIGA tips menabung sempena tahun baru.

Tips 1 : Join geng kutu cash. Pastikan tak jadi mak kutu, jadi follower. Carilah geng kutu yang dipercayai. Eheh.

Tips 2 : Tabung Hijau
Asingkan setiap keping RM5 yang korang dapat. Sediakan satu sampul duit raya dalam wallet, biar tak campur dengan duit lain.

Kenapa RM5?
Sebab agak rare berbanding duit lain. Kalau RM20, tiap kali keluar duit kat ATM pun dapat duit oren. Nangis.

Tips 3 : Buat SI (Standing Instruction)

Buat SI dari akaun gaji ke Tabung Haji/ASB/akaun simpanan yang lain. Paling bagus akaun yang paling maaaalas nak keluarkan sebab leceh. Eheh.

Amaun tu ikut kemampuan lah. RM10 ke, RM50 ke. Memang rasa kecik, tapi kalau sebulan simpan RM10 setahun dah RM120. Kalau RM50, setahun dah RM600. Ok lah kan dari takde langsung simpanan, kan?

Kedai makan idaman : #eatclean

Sambil makan lunch tadi, sempat berangan bila aku kaya tak tentu hala tak tau nak buat apa dengan duit aku, aku nak buat kedai makan bertemakan eat clean ikut tekak Melayu.

Apa makanan yang kena ada dalam kedai tu?

  • Nasi : nasi putih dan brown rice. Alternatif untuk orang yang nak makan lebih sihat. Nasi tu kenalah ada. Kita kan orang Malaysia. Rasa cam nak mati kalau tak makan nasi
  • Protein : Ayam, ikan, daging. Konsep masakan : rebus, stim, grill. Masak singgang, clear soup, panggang dalam oven, grill atas api.
  • Sayur : fresh dan dimasak. Fresh boleh jadi salad dan ulam-ulaman kampung. Sayur dimasak secara kukus, ataupun jangan bening. Green veggies is a must!
  • Buah-buahan : mesti ada! Fresh cut fruits. Siap ada poster : “Makanlah buah sebelum makan berat untuk badan yang lebih cantik. Sunnah Nabi seh.” Gitu…..

Semua angan-angan ini berlaku sambil menelan dua senduk setengah nasi putih, sepotong ayam goreng, sebiji telur rebus, sayur petola, dan kuah daging kurma. Susah nak cari sayur hijau kalau makan kat kedai. Haritu rajin sikit, bawak brokoli dah siap seasoned dengan salt and blackpepper, kat office cuma masukkan dalam microwave. Do-able, tapi tak terbuat selalu pula. Kena gigihkan usaha.

Makan untuk penyusuan Deean selama dua tahun. Aamiin.

3 Cara tangani stress bila jadi panel untuk presentation students

Salam semua 🙂

Alhamdulillah selesai juga urusan hari Isnin. Minggu ni memang berderet lecturers buat presentation untuk mini project, dan submission final report, assignments dan juga report final year project. Phew! Students jenuh, lecturers pun jenuh jugak nak bagi markah. Haha.

Kami lecturers ni pun manusia biasa jugak, bukan kebal perasaan pun bila students buat presentation macam baru je buat malam tadi (memang baru buat malam tadi ponnnnn…) Memang meroyan jugak lepas habis presentation tu hahaha.

Ni KakMa share 3 tips untuk jadi panel yang kekal manis dan kurangkan “tembak” mereka yang sedia bersalah itu muahahaha

  1. Niat. Sebelum masuk “medan pertempuran, niatkan supaya taknak marah-marah students tak tentu hala. Marah = cepat tua. Makan kolagen dan ESP bergantang-gantang membazir begitu sahaja.
  2. Senyum sokmo. Walau apa pun yang berlaku, kekalkan senyuman. Bila kita senyum, hormon endorphin dirembeskan dan buat kita lebih relax.
  3. Tak jalan jugak tips kat atas ni? Minum air kosong dari masa ke masa. Air kosong bantu otak dapat oksigen yang mencukupi. Otak cergas, kelakuan tip top. Yezza lecturer cemerlang.

Pagi tadi aku ada presentation students third year. Selain 3 tips kat atas ni, aku top up dengan sebiji B-Complex selepas sarapan. Memang tersohor B-Complex ni untuk kawal stress. Bonus dari tu, kulit pun lawa. Serious seh. Stress takde, dahi pun dah tak berkerut, maka kulit pun jadilah cantik. Haaa logic tak? Hehehehe.

Tangani stress dengan bijak. Ambil B-Complex setiap hari oh yes!

Limited time offer, free postage untuk 3 customer yang beli B-Complex. Cepat bertindak! Nanti KakMa share lagi benefit amalkan B-Complex ni. Memang daebakkk.

Contact Ima thru WhatsApp 016-6605816 atau email kepada ima367@gmail.com .

Salam stress free, Ima Sulaiman.

 

Selamat menyambut Hari Malaysia 2015

16 September – Hari Malaysia.

logomerdeka2015

Tahniah Malaysia. Saya sayang Malaysia.

Korang tau tak?

UTM 30 tahun
UTM Johor mula beroperasi pada tarikh ini, 30 tahun yang lalu?
Sekarang dah tau! 🙂
My university. Saaaayang sangat dengan UTM. Enam tahun setengah duduk situ, buat Degree dan Masters. Dari berjalan kaki, naik bas dan berkereta sendiri. A great place to study. Rindu sangat PSZ, KTC, P16, tasik, dan semua batu dan rumput yang dipijak selama kat sana. hehehe.