Tips Menabung Yang Bijak

Selalu rasa culas nak menabung? Memanglah, sebab tak boleh guna duit masa tu jugak. Tapi, menabung tu tak mustahil pun.

Ni TIGA tips menabung sempena tahun baru.

Tips 1 : Join geng kutu cash. Pastikan tak jadi mak kutu, jadi follower. Carilah geng kutu yang dipercayai. Eheh.

Tips 2 : Tabung Hijau
Asingkan setiap keping RM5 yang korang dapat. Sediakan satu sampul duit raya dalam wallet, biar tak campur dengan duit lain.

Kenapa RM5?
Sebab agak rare berbanding duit lain. Kalau RM20, tiap kali keluar duit kat ATM pun dapat duit oren. Nangis.

Tips 3 : Buat SI (Standing Instruction)

Buat SI dari akaun gaji ke Tabung Haji/ASB/akaun simpanan yang lain. Paling bagus akaun yang paling maaaalas nak keluarkan sebab leceh. Eheh.

Amaun tu ikut kemampuan lah. RM10 ke, RM50 ke. Memang rasa kecik, tapi kalau sebulan simpan RM10 setahun dah RM120. Kalau RM50, setahun dah RM600. Ok lah kan dari takde langsung simpanan, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge