Kedai makan idaman : #eatclean

Sambil makan lunch tadi, sempat berangan bila aku kaya tak tentu hala tak tau nak buat apa dengan duit aku, aku nak buat kedai makan bertemakan eat clean ikut tekak Melayu.

Apa makanan yang kena ada dalam kedai tu?

  • Nasi : nasi putih dan brown rice. Alternatif untuk orang yang nak makan lebih sihat. Nasi tu kenalah ada. Kita kan orang Malaysia. Rasa cam nak mati kalau tak makan nasi
  • Protein : Ayam, ikan, daging. Konsep masakan : rebus, stim, grill. Masak singgang, clear soup, panggang dalam oven, grill atas api.
  • Sayur : fresh dan dimasak. Fresh boleh jadi salad dan ulam-ulaman kampung. Sayur dimasak secara kukus, ataupun jangan bening. Green veggies is a must!
  • Buah-buahan : mesti ada! Fresh cut fruits. Siap ada poster : “Makanlah buah sebelum makan berat untuk badan yang lebih cantik. Sunnah Nabi seh.” Gitu…..

Semua angan-angan ini berlaku sambil menelan dua senduk setengah nasi putih, sepotong ayam goreng, sebiji telur rebus, sayur petola, dan kuah daging kurma. Susah nak cari sayur hijau kalau makan kat kedai. Haritu rajin sikit, bawak brokoli dah siap seasoned dengan salt and blackpepper, kat office cuma masukkan dalam microwave. Do-able, tapi tak terbuat selalu pula. Kena gigihkan usaha.

Makan untuk penyusuan Deean selama dua tahun. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge